KEREDAAN~

Assalamualaikum semua~ harini nak bercerita tentang "keredaan"..

Secara tidak sedar, reda ni sebuah tajuk yang kompleks bagi kita,;reda manusia dan Allah.. Kadang, kita terlepas pandang reda manusia itu sendiri terutama reda mak dan ayah kita.. Apa yang kita lihat cumalah kehendak dan minat kita tanpa menghiraukan pendapat dan pandangan mereka..

Sama macam situasi yang aku sedang lalui sekarang,aku pelajar lepasan spm, sedang menunggu keputusan UPU, mengisi ruang kosong UPU buatkan aku dilema dengan pilihan aku.. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang ustazah, namun ia berbeza dengan kehendak kedua ibu bapaku juga keluargaku yang menginginkan aku menjadi seorang peguam syariah.. 

Aku sudah cuba untuk menyatakan hasratku , walaupun mereka kata mereka "okay" dengan pilihanku, tetapi aku merasakan bahawa jauh dari sudut hati mereka , mereka menginginkan aku untuk ke arah yang satu itu.. Aku menukar pilihanku, aku akur dengan harapan mereka..Aku tak membantah pilihan mereka, kerana aku tahu,mereka tahu apa yang terbaik untukku.. Kerana mereka lah, kita berjaya dengan cara yang tersendiri pada hari ini..Mungkin sebelum ini aku terlalu penting diri, tetapi biarlah kali ini aku patuh.. Kerana aku percaya, jika mereka reda akan aku, maka Allah juga reda akanku.. Ibu aku pesan "cubalah , belum cuba kita tak tahu,cubalah sesuatu yang baru".. Aku akui aku terlalu dengar kata orang, bahawa jurusan syariah undang2 susah, tapi ibu aku berpesan lagi "tiada perkara yang mudah, asalkan ada usaha, maka kejayaan akan kau peroleh"

Aku sering berdoa agar Allah tentukan yang terbaik buat diriku dan menjadikan aku seorang hamba yang berbakti pada agama dan bangsa.. 

untuk upu aku, aku mohon usim sebagai pilihan pertama dan UIA sebagai pilihan kedua dan ketiga.. 

Jika aku ditentukan Allah bahawa rezeki aku adalah di USIM dalam jurusan syariah undang-undang, aku terima dengan hati yang terbuka, inshaAllah aku cuba sedaya hendak dan mampuku.. biarlah kali ini, aku mampu mengukirkan senyuman ibu bapaku, aku yakin jika mereka reda akan aku, pasti segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah untuk masa hadapanku..

Doakan aku..

x-
a'a'

Comments

Popular posts from this blog

Hey dear future me haha